Pages

Monday 18 June 2012

Kek Untuk Abah


Assalamualaikum...


Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w maksudnya:"Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian..sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir."
Riwayat Muslim






Salam manis dan salam sejahtera buat semua yang sudi singgah di blog sri...selamat bersiaran...banyak hari juga sri tak jengah dapur nie...nasib baik tak bersawang...untuk hari nie sri nak tayangkan projek yang sri buat petang semalam sempena hari bapa...Selamat Hari Bapa buat En Suami yang berada jauh dari sisi (tak dapatlah potong kek dengan bapa mertua) dan juga buat Abah tersayang.









Untuk kek nie...sri guna resepi Sonata Chesse Cake ...cuma ada ubah sikit-sikit...untuk deko sri guna fresh cream dan choclate glaze...lepas deko sepatutnya kena simpan dalam peti selama 1 jam baru potong...tapi semalam sri cuma sempat simapan selama 20 minit jer...sebab tue bila potong ada lelehan choclate glaze...bukan apa, adik sri dah nak balik masa tue jadi tak boleh lah nak simpan lama...terus jer suruh abah potong...tapi apa-apa pun tetap sedap...hehehe...jom layan resepi.






Bahan-bahan:-
Bahan A
-*4 biji kuning telur
-*2 sdb ovellete

Bahan B
-*100 gm butter/marjerin - cairkan
-*60 ml susu segar sejuk
-*1 sdt esen vanilla

Bahan C
-*80 gm tepung superfine
-*40 gm tepung jagung
***ayak

Bahan D
-*4 biji putih telur
-*80 gm gula castor


Cara-cara:-
-Putar sebati bahan A...dan masukkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan bahan C dan putar hingga semua sebati...ketepikan.
-Pukul putih telur hingga kembang dan berbuih halus...masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis dan putar hingga bertanduk.
-Ambil separuh adunan putih telur dan kaup balik dengan adunan tepung...masukkan lagi separuh dan kaup balik hingga sebati.
-Alas loyang dengan baking paper dan tuang adunan....bakar pada suhu 160 c selama 45minit.
-Bila dah masak...sisipkan bahagian tepi dan sejukkan atas redai.



Choclate Glaze:-
-*2 cawan non dairy whipping cream
-*300gm dark choc/milk choc - potong kiub
-*1 sdb butter

***Panaskan non dairy whipping cream hingga ada buih terbentuk dibahagian tepi periuk...tutup api dan masukkan choclate...kacau sebati dan masukkan butter...kacau...simpan dalam peti biar pekat sikit baru curah atas kek.







Sri potong kek kepada 3 bahagian dan lapiskan dengan fresh cream...bahagian luar pun sama...sapukan dengan fresh cream tapi lapisan nipis...tuang choclate glaze tadi bagi rata dan sejukkan dalam peti sekejap...keluarkan dan tuang lagi choclate glaze bagi rata...kemudian sejukkan dalam peti selama 1 jam baru potong kek.


***masa nak tuang choclate glaze atas kek...sri lapikkan dengan baking paper di sekeliling kek...selitkan sedikit dibawah kek...bila choc dh kaku...tarik perlahan-lahan kertas baking dan boleh deko dgn fresh cream.






SELAMAT MENCUBA (^^,)*

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...