Assalamualaikum...
Salam manis dan salam ceria buat semua yang sudi berkunjung ke blog sri...juga selamat datang kepada pengunjung-pengunjung baru yang jalan-jalan di dapur sri nie...sri doakan semua berbahagia dan bergembira disamping keluarga tersayang...hari nie sri nak tayang bluberry tiramisu yang sri buatkan untuk birthday adik sri, shahira yang menyambut ulangtahun kelahiran ke-16.
Birthday adik pada 31 Mei yang lepas...tapi celebrate 1 Jun sebab tunggu mak sri balik dari kampung...lagipun malam tue kan ada rancangan super spontan episod akhir untuk musim pertama...jadi ada la makan-makan sikit...hehehe...punah dietku...apa-apa pun tahniah pada zizan, johan, tauke dan yang lain-lain kerana berjaya sampai ke peringkat akhir.
Sebelum nie sri pernah buat Rossele Tiramisu ...tapi saiz kecil jer...tak cukup pula...ramai sangat penggemar tiramisu...jadi kali nie sri buat yang besar punya...amik ko...pueh makan...jom kita redah resepi nya (^^,)*
Bahan-bahan:-
-*biskut tiramisu / kek - sri guna biskut tiramisu
-*coklat compound - parut
Bahan-bahan Syrup:-
-*150 gm filling blueberry
-*100 ml air suam
-*2 sdb gula icing
Cara-cara:-
-Satukan semua bahan dan mix sebati...ketepikan.
Bahan-bahan Krim:-
-*250 gm cream cheese
-*300 ml non dairy whipping cream
-*50 gm gula icing
Cara-cara:-
-Pukul gebu cream cheese dan masukkan gula icing...pukul sebati...ketepikan.
-Pukul dengan kelajuan tinggi non dairy whipping cream hingga adunan menjadi kaku.
-Satukan kedua-dua adunan dan dengan menggunakan spatula...kaup balik hingga sebati dan mesra.
Langkah Akhir:-
-Sediakan loyang...alas bahagian tepi dengan baking paper...sri guna loyang yang boleh tanggal tue.
-Celupkan biskut tiramisu kedalam syrup dan susun rapat-rapat didalam loyang...bila dah penuh lapisan pertama...lapiskan dengan adunan krim hingga rata...ulang semula langkah hingga selesai.
-Bila siap...simpan dalam peti ais selama 1 - 2 jam...baru keluarkan dari loyang.
-Kemaskan dan parutkan choc dibahagian atas...kalau nak tabur dengan serbuk koko sahaja pun boleh.
SELAMAT MENCUBA (^^,)*
No comments:
Post a Comment