Assalamualaikum...
Selamat petang semua...aduhhhh...hujan-hujan camnie memang cepat sangat rasa lapar kan...perut pun mula lah main lagu macam-macam...puan-puan semua dah ada cadangan nak masak apa ke petang nie...petang nie sri nak kongsi resepi bihun goreng yang sempoi jer...ala...main campak-campak jer bahan dia...bihun goreng nie sri buat sekali dengan Blueberry Tiramisu hari tue...perasan kan ada gambar terselit tadi masa sri tayangkan resepi tiramisu tue.
Bahan-bahan:-
-*1 bungkus bihun - rendam hingga lembut
-*1 pokok sawi - potong kecil
-*50 gm tauge
-*100 gm udang - buang kepala dan ekor
-*1 bahagian dada ayam - potong dadu
-*garam
-*serbuk perasa
-*gula
-*1 cawan air
Bahan Tumis:-
-*3 ulas bawang putih - dicincang
-*1/2 labu bawang besar - hiris nipis
-*6 sdb minyak masak
Bahan Sos:-
-*3 sdb cili kisar
-*3 sdb sos cili
-*2 sdb sos tomato
-*3 sdb sos tiram
-*4 sdb kicap cair
-*2 sdb kicap pekat
Bahan Hiasan:-
-*limau kasturi
-*telur dadar kosong - gulung dan hiris nipis
-*bawang goreng
-*cili
Cara-cara:-
-Tumis bahan tumis hingga naik bau...masukkan bahan sos dan kacau sebati...masukkan air dan biar seketika.
-Masukkan garam, serbuk perasa, gula, isi ayam dan udang dan biar hingga masak...masukkan sawi dan kacau sebentar.
-Perlahankan api dan masukkan bihun dan tauge...kacau rata...kalau bihun masih keras...tambahkan air dan sentiasa kacau...masak dengan api yang perlahan supaya bihun cepat lembut.
-Hidang dengan bahan hiasan...baru bertambah-tambah selera...:))
SELAMAT MENCUBA (^^,)*
No comments:
Post a Comment