Pages

Thursday 10 November 2011

rOSeLLe tiRAmiSu

Assalamualaikum...
Hari nie langit cerah jer dari pagi...bila cuaca macam nie dapat sesuatu yang dapat sejukkan anak tekak sedap gak...rasa nyaman jer kan...jadi hari nie sri nak kongsikan resepi roselle tiramisu...awal-awal pagi lagi sri dah sediakan tiramisu nie...jadi boleh lah buat sebagai pencuci mulut untuk makan tengahari nie...







Sri guna kordial roselle untuk rendaman biskut tiramisu...sebenarnya kordial nie homemade nya...mak sri yang buat sebab dekat rumah mak ada pokok roselle...untung buat sendiri...sepokok saja dah boleh dapat jem dan  kordial roselle...segar dari ladang gitu...:)






Mak sri kata dulu panggil buah asam paya...rasa dia masam-masam manis bila dah buat jem atau kordial...warna dia memang merah...macam kita masukkan pewarna...kalau nak gunakan filling lain pun boleh...ikut selera masing-masing...






Bahan-bahan Syrup:-
-*50 ml syrup roselle
-*50 ml air suam
***kalau guna blueberry atau strawberry filling ikut sukatan nie
-*150 gm filling strawberry
-*100ml air suam
-*2 sdb gula ising

Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan syrup dan kacau sebati...ketepikan.

Bahan-bahan Krim:-
-*250 gm cream chesse
-*150 ml whipping cream
-*150 ml whipped cream
-*50 gm gula icing

Cara-cara:-
-Pukul cream chesse hingga gebu dan masukkan gula icing dan pukul lagi...ketepikan.
-Satukan whipping cream dan whipped cream...pukul hingga agak pekat dan sebati.
-Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.






Bahan-bahan Hiasan:-
-biskut tiramisu
-buah
-serbuk koko

Cara-cara Melapis:-
-Kalau gunakan loyang...alaskan dahulu dengan kertas minyak supaya memudahkan kita untuk mengeluarkan tiramisu dari loyang.
-Celupkan biskut tiramisu kedalam syrup dan susun di dalam loyang...susun rapat-rapat.
-Lapiskan dengan krim di aatas biskut dengan rata.
-Ulang langkah hingga penuh loyang...bila siap ayak serbuk koko di permukaan.
-Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam baru keluarkan dari loyang.






SELAMAT MENCUBA :)


Perbezaan Whipping Cream Dan Whipped Cream
By: Kak Wan
Rujukan : masam manis


  


Kedua-duanya adalah whipping cream (krim putar) yang mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping.

Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan 

Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream 

Kandungan : 
Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur : 
Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis
Kegunaan : 
Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.
Kaedah Penyimpanan : 
Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran : 
Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  
Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.
Ada juga di dapati dalam botol spray. Kalau yang ni kita tak perlu pukul kerana sudah tersedia untuk di gunakan. 
UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream

Kandungan : 
Pepejal susu
Tekstur : 
Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar
Kegunaan : 
Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)
Kaedah Penyimpanan : 
Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.
Jenama di Pasaran : 
Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  
Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.
UHT - Ultra High Temperature



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...