Pages

Friday, 18 May 2012

RVC Selamat Hari Guru

Assalamualaikum...


Salam Jumaat yang penuh barakah...salam manis dan salam sejahtera buat semua teman-teman...ingatkan hari nie malas nak 'update' blog sebab hari nie memang sri kejar masa sikit...tapi rindu la pulak...(^_^)* awal-awal pagi siapkan kek cawan baldu biru tapi tak deco lagi...ingat malam nanti baru deco sebab esok baru tuan nya datang ambil...sri akan deco bunga rose juga untuk kek cawan tue (atas permintaan)...jadi sri akan cuba ambil gambar step by step untuk rujukan teman-teman dan juga diri sendiri (masih perlu banyak latihan lagi).


Pagi tadi datang ofis, siapkan kerja lepas tue keluar pergi beli barang-barang untuk buat hamper...tapi bukan sri yang gubah...adik merangkap partner sri yang gubah...hehehe...malam nie nak kena hantar...






Semalam sri siapkan RVC yang diminta oleh adik sri (Rayna Ziqdhiyafi) untuk jamuan sambutan hari guru di Tadis (Madrasah Attahzibiah Addiniah Al-Islamiah) anaknya yang diadakan hari nie...sebelum nie sri dah pernah buat RVC untuk 'birthday' mak...jom layannnnnn.







Bahan-bahan:-

Bahan A
-*2 1/2 cawan tepung gandum
-*2 sdb serbuk koko
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
***ayak semua bahan2 di atas dan ketepikan.

Bahan B
-*1 cawan susu segar
-*1 sdb cuka makan
***satukan dan biar dalam 7 - 10 minit...kacau sebati (untuk gantikan buttermilk)

Bahan C
-*120 gm gula castor
-*120gm butter / marjerin
-*3 biji telur gred A
-*1 sdt esen vanila
-*2 sdb pewarna merah
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt cuka makan



Cara-cara:-
-Satukan gula castor dan butter...pukul hingga kembang.
-Masukkan telur satu persatu serta esen vanila dan pukul.
-Masukkan bahan A ayak berselang seli dengan bahan B [buttermilk (susu + cuka makan)] dan pukul hingga kembang.
-Masukkan pewarna merah dan gaul menggunakan senduk hingga sebati.
-Satukan baking powder dan cuka makan dan kacau bagi berbuih dan cepat2 masukkan ke dalam adunan tadi dan gaul dengan senduk.
-Setelah siap masukkan ke dalam loyang yang telah di griss dan bakar pada suhu 170 c selama 40-50 minit.
-Bila siap...sejukkan atas redai...sementara tue kita sediakan krim keju nya.







Untuk kali nie...krim nya berbeza sikit dari yang pertama...beza sikit jer...hehehe...untuk deco bunga rose kat atas kek tue sri guna adunan krim keju nie juga...rasa susah sikit untuk mendeco sebab adunan lembut dari BC...jadi sri sejukkan sekejap sebelum mendeco...untuk dapatkan warna yang sama dengan warna kek...sri letak pewarna merah dan tambah sedikit pewarna hitam.


Bahan-bahan Krim:-
-*250 gm cream cheese
-*60 gm gula icing
-*2 cawan fresh cream (non dairy whipping cream yang telah dipukul kental)
-*3 sdb krimwell


Cara-cara:-
-Pukul cream cheese hingga gebu...masukkan krimwell dan gula icing...pukul sebati.
-Masukkan fresh cream dan guna spatula...kaup balik sahaja.
-Siap digunakan untuk melepa dan mendeco.



SELAMAT MENCUBA (^^,)*


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...