Assalamualaikum...
Selamat sejahtera dan salam ceria buat semua...untuk N3 kali nie sri nak kongsikan resepi pizza...puas betul bila dapat buat sendiri...satu adunan boleh dapat tiga biji pizza saiz yang BESSSARRRR PUNYA...:)) bila buat sendiri nie yang paling best kita boleh letak topping yang banyak ikut selera kita...cheese pun melimpah ruah lah...al-maklumlah...sendiri bikin...
Nie le ghupa pizza yg baru keluar dari oven |
Sebenarnya pizza nie sri buat hari sabtu lepas untuk minum petang...tiba-tiba lak tekak nie terasa nak makan...bahan-bahan pun memang dah ada...resepi pizza nie sri ikut resepi roti manis tapi ada ubah sikit jer...pertama kali sri cuba buat pizza nie...masih ada yang perlu dibaiki terutama cara nak kemaskan bahagian tepi pizza yang sri balut sosej...jom mula kan langkah sediakan bahan-bahan untuk pizza.
Yang nie sri balut bahagian tepi dengan sosej.. |
Bahan-bahan:-
-*240gm tepung superfine
-*260gm tepung gandum
-*50gm gula
-*11gm yis mauripan
-*2 sdb susu tepung
-*1 sdt bread softener
-*1 sdt bread improver
-*1 sdt shortening
-*1 sdt ovellet
-*1/2 sdt garam halus
-*1 biji telur - pukul sedikit
-*150ml air suam
-*60gm marjerin
Cara-cara:-
-Satukan tepung superfine, tepung gandum, gula, yis, susu tepung, bread softener, bread improver, shortening, ovellet dan garam halus...gaul dengan hujung jari hingga semua bahan-bahan mesra.
-Setelah semuanya mesra...buat lubang ditengah-tengah dan letakkan telur yang telah dipukul sedikit dan gaul rata.
-Masukkan air suam dan uli doh...jangan risau kalau tengok macam tak cukup air...selepas itu masukkan marjerin dan uli doh hingga sebati...uli doh menjadi lembut dan elastik.
-Masukkan doh ke dalam plastik dan ramas-ramas doh selama 20 minit...tujuannya untuk dapatkan doh yang lembut...keluarkan doh dan uli lagi 10 minit kemudian perap doh selama 1 jam.
-Bila doh dah naik dua kali ganda...keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin...ambil doh ikut size yang kita nak untuk wat pizza...leperkan atas dulang...biarkan sekejap...cucuk dengan garpu dan sapu dengan sos dan letak topping yang di gemari.
-Bakar 20 minit pada suhu 170 c.
Topping:-
-*Sos spaghetti
-*Isi ayam - rebus dan potong kiub
-*Sosej
-*Jejari ketam
-*Nenas kiub - sri guna nenas segar...rebus sekejap
-*Bawang holland - potong dadu besar
-*Cendawan shiitake
-*Tomato - potong dadu besar
-*Tuna Mayo
-*Cili benggala - sri tak letak sebab tak ada
-*Keju mozzarella
-*Keju cheddar
***Topping nie cadangan sri...bagi kawan-kawan, bolehlah letak apa yang suka ye..:))
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment