Pages

Tuesday, 29 November 2011

pUdiNg hATi oREo

Assalamualaikum...






Selamat petang semua...
Semoga segala perancangan untuk hari nie berjalan dengan lancar...untuk N3 hari nie sri nak kongsi resepi manisan...puding hati oreo...sri buat sebagai pencuci mulut lepas makan tengahari tadi...memang best lah rasa puding nie...ada rasa lemak susu segar dan gabungan coklat serta milo didalam adunan...ditambah pula dengan serbuk biskut oreo...






Bahan-bahan:-
-*10gm agar-agar stripe / 1 bungkus agar-agar serbuk
***selepas agar-agar larut...seeloknya tapis dahulu untuk mengelakkan ada ketulan agar-agar.

-*7 keping biskut oreo - buang krim dan kisar halus
***kalau nak ganti dengan biskut lain pun boleh juga...

-*360ml air
-*360ml susu segar
-*7 sdb gula pasir
-*1 sdb serbuk koko
-*1 sdb milo






Serbuk biskut oreo tadi dimasukkan dahulu kedalam acuan seperti gambar diatas...anggaran sukatan dalam 1/4 dari saiz acuan...kallau guna acuan yang besar pun kena buat cara yang sama.






Cara-cara:-
-Masak agar-agar dengan air hingga larut sepenuhnya.
-Masukkan susu segar, gula, milo dan serbuk koko (untuk serbuk koko dan milo...kacau dahulu dengan 1/2 cawan air panas)
-Selepas adunan sebati...tuang adunan kedalam acuan yang telah diisi dengan serbuk biskut oreo tadi.
-Sejukkan selama 30 minit dalam peti ais baru di hidangkan.






SELAMAT MENCUBA :)





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...