Pages

Saturday 22 October 2011

Spaghetti and Meatball

Menu yang mudah di sediakan...kalau hari keje banyak selalunya menu nie lah yang akan menjadi pilihan untuk saya masak untuk hidangan makan malam sebab cepat dan tak memenatkan...lagipun bahan2 nya memang sentiasa ada di dalam peti sejuk...



Bahan-bahan:-
-*sebungkus spaghetti
-*1 sdb minyak masak
***rebus spaghetti dengan minyak masak untuk mengelakkan ia melekat semasa tos...
-*2 botol sos spagetti kimball (apa2 perasa)
-*1 paket daging cincang
-*20 biji bebola daging
-*1 labu bawang besar - didadu
-*2 biji tomato - di dadu
-*2 biji cili hidup merah - di dadu
-*1/2 biji lada benggala - di dadu
-*garam
-*1 sdt lada hitam

Cara-cara:-
-Tumis 1/3 bawang besar dan tomato serta 1/2 cili hidup merah dengan minyak yang sedikit sehingga layu.
-Kisar bahan tumis tadi.
-Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi serta lebihan bawang besar, tomato, cili hidup dan lada benggala yang di dadu.
-Masukkan sos spaghetti dan tambah air.
-Bila dah mendidih masukkan daging cincang, garam, lada hitam dan bebola daging...masak hingga kuah agak pekat...siap di hidang dengan spaghetti.


SELAMAT MENCUBA :)

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...