Petang minggu macam ni tak ada aktiviti apa nak dibuat, tambah pulak sekarang ni musim hujan, lagi la malas nak keluar. Jadi sengaja saya belek2 koleksi resepi yang ada dalam simpanan. Sampai di satu halaman terpandang satu resepi kuih koci. Teringin pulak nk mencuba, sebab kalau beli kat kedai tak menepati selera. Saya suka inti lebih dan kulitnya nipis. Jadi apa lagi bergegas la ke dapur, nasib baik la semua bahan2 untuk buat kuih koci ni ada, jadi tak payah la susah2 nk keluar pergi cari bahan.
Bahan-bahan
* 2 cawan tepung pulut putih
* 1/2 cawan tepung pulut hita
* Air
*Garam
* Minyak (digunakan semasa menguli)
**Inti : Kelapa dimasak dengan + gula merah dan sedikit tepung hingga sebati.
Cara-cara
* Gaul kesemua bahan kecuali minyak.
* Bulatkan kecil2.
* Lumurkan dengan minyak dahulu baru masukkan inti.
* Letak dalam acuan dan kukus.
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment