Pages

Monday 21 January 2013

Nasi Beriani Sempoi-Sempoi Jerrr

Assalamualaikum...


Salam sejahtera dan salam manis buat semua...bersua lagi kita di minggu baru...apa khabar semua...macam mana dengan hujung minggu kawan-kawan...mesti dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik bersama-sama dengan keluarga tersayang...sri doakan semua berjalan dengan lancar.






Hari nie sempat juga BW sekejap ke dapur teman-teman blogger dan semua menu yang dihidangkan benar-benar menggamit selera...membuat perut ini bernyanyi-nyanyi mengikut rentak sajian...hehehe...agak-agak lagu apa la yang terhasil ye... (^^,)* dan tak lupa pada zila dari dapur zila4ever yang bakal menyambut kehadiran orang baru tahun 2013...tahniah sri ucapkan.






Untuk N3 kali nie, sri nak kongsikan resepi yang mudah nak dimasak...Nasi Beriani, Ayam Masak Rose, Air Asam dan Teh 'O' Ais Limau serai...tak nak celoteh lagi, jom kita skodeng resepi.



Nasi Beriani
Bahan-bahan:-
-*5 cawan beras basmathi - sri guna beras jati super tempatan je...basuh dan toskan.
-*6 cawan air
-*1 cawan susu cair
-*2 sdb kismis -  rendam
-*4 1/2 sd garam halus - sri guna sudu kfc
-*1 bungkus rempah beriani Brahim's
-*2 sdb minyak sapi
-*1 sdb marjerin
-*1 sdb minyak masak
-*pewarna

Bahan Kisar
-*1 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih
-*2 inci halia

Bahan Tumis
-*1 labu bawang besar
-*1 ulas bawang putih
-*2 inci halia
***hiris nipis semua bahan diatas
-*daun kari
-*kulit kayu manis
-*buah pelaga
-*bunga lawang
-*bunga cengkih
-*daun pandan


Cara-cara:-
-masak guna rice cooker...panaskan minyak sapi,marjerin dan minyak masak...tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan-bahan kisar.
-kemudian, masukkan rempah beriani yang telah dibancuh dengan sedikit air...biar hingga naik bau.
-masukkan air, susu cair, sedikit pewarna dan garam...kacau dan tutup periuk nasi...biar hingga air benar-benar mendidih.
-setelah itu, masukkan beras dan kacau...tutup periuk dan biar hingga masak.
-bila nasi dah masak...buat lubang pada nasi dengan menggunakan lidi sate (buat lubang hingga sampai cecah periuk)...kemudian tuangkan pewarna kuning dalam setiap lubang...tutup kembali periuk selama 5 minit dan barulah ditabur dengan kismis dan gaul nasi hingga rata.






Ayam Masak Rose
Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong 12 bahagian
***garam kunyit dan goreng tapi jangan terlalu garing...ketepikan.

-*1/3 cawan tomato sup
-*1/2 cawan pati santan
-*1/2 cawan air
-*4 sdb minyak masak
-*garam
-*serbuk perasa
-*daun bawang & daun sup


Bahan Kisar
-*6 biji cili kering
-*2 1/2 labu bawang besar
-*13 ulas bawang putih
-*3 inci halia


Bahan Tumis
-*1/2 labu bawang besar
-*3 ulas bawang putih
-*2 inci halia
***hiris nipis semua bahan diatas
-*3 helai daun pandan
-*2 batang serai - dititik
-*kulit kayu manis
-*buah pelaga
-*bunga cengkih
-*bunga lawang






Cara-cara:-
-panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau...kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga berbau harum.
-masukkan tomato sup dan kacau rata.
-bila dah naik minyak...masukkan ayam yang telah digoreng, santan, air, garam dan serbuk perasa...masak hingga kuah agak pekat.
-kemudian taburkan dengan daun bawang dan daun sup yang dipotong...kacau rata dan sedia dihidang bersama nasi beriani.






Air Asam
Bahan-bahan:-
-*3 biji tomato
-*1 labu bawang besar
-*2 biji cili besar
***hiris nipis semua bahan diatas
-*1/4 cawan air asam jawa
-*4 sdb Sambal Belacan (klik untuk resepi)
-*garam
-*gula


Cara-cara:-
-satukan tomato, bawang besar dan cili besar...ramas-ramas bahan tersebut.
-masukkan semua bahan-bahan lain dan perasakan.

***bagi yang suka air asam yang agak pekat...boleh tambahkan 3 sdb sos cili.






Bila cuaca panas-panas, sedap juga kalau minum teh 'o' ais limau tapi kali nie kita tambah sikit perasa dia...sri letak serai dan rasa teh nie memang menyegarkan.

Caranya mudah aje...mula-mula sediakan air teh 'o' ikut selera masing-masing samada nak yang pekat atau yang nipis...semua tahu kan macam mana nak buat sebab sri tak ada sukatan...potong limau nipis kepada beberapa bahagian...letak dibahagian bawah jug...serai kita belah dua...letak dalam 3 batang untuk satu jug...kemudian tekankan dengan ketul ais agar jus limau bercampur dengan rasa serai...kemudian baru kita tuangkan teh 'o' yang kita sediakan tadi....perggghhhh....nyaman sekali.



SELAMAT MENCUBA (^_^)*

2 comments:

  1. salam...nak tanya mana blh dapat tomato sup itu....TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...
      dekat kedai2 runcit atau pasaraya memang ada jual tomato sup dlm tin...
      mmg mudah nak dapat..:)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...