Assalamualaikum...
Salam penghulu segala hari dan salam 2 Rabiul Akhir...hujung minggu terakhir di bulan februari...hari nie adalah ulangtahun kelahiran anak sedara sri yang ke lima...jadi awal-awal pagi lagi dah sibuk nak sediakan makanan untuk di bawa ke sekolah tadis bagi meraikan 'birthday boy' Muhammad Hazim Haziq...mama dan abah hazim adakan sedikit kenduri kesyukuran di tadis tempat hazim belajar...
Sri nak kongsikan resepi kek coklat yang sri buat untuk hazim...tapi tak dapat nak tunjuk tekstur kek sebab kek nie nak dibawa ke tadis...jadi petang nie kena buat lagi sebiji untuk dirumah pula...yang itu baru boleh dibedah siasat...:))
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*1 1/2 cawan marjerin
-*1 cawan gula castor
-*5 biji kuning telur
-*1 1/2 sdt esen vanilla
-*2 sdb susu pekat manis
Bahan B
-*1 3/4 cawan tepung superfine
-*2 sdt baking powder
-*2 1/2 sdb serbuk koko
Bahan C
-*5 biji putih telur
-*1/2 cawan gula halus
-*1/2 sdt CTT
Cara-cara:-
--Panaskan oven pada
suhu 170 c selama 15minit.
-Pukul marjerin
dengan 1 cawan gula hingga kembang dan gebu...kemudian masukkan telur kuning satu
persatu dan pukul lagi hingga kembang.
-Kemudian masukkan
esen vanilla dan susu pekat manis kedalam adunan dan pukul sebati...masukkan
Bahan B sedikit demi sedikit dan pukul rata...ketepikan.
-Pukul putih telur
dengan kelajuan tinggi hingga bertanduk (meringue) dan masukkan CTT...pukul
lagi...kemudian masukkan 1/2 cawan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga bertanduk.
-Campurkan adunan
meringue kedalam adunan tepung dan kaup balik kasar saja.
-Setelah siap,
tuang adunan kedalam loyang yang telah dialas dengan baking paper dibahagian
bawah...gris kan bahagian tepi loyang.
-Bakar selama 50 -
60 minit pada suhu 170 c.
Bahan-bahan
Buttercream:-
-*1 cawan
krimwell
-*1 cawan
shortening
-*2 cawan gula
icing
-*2 sdb susu pekat
manis
Cara-cara:-
-Campurkan semua
dan pukul hingga kembang dan gebu.
-Boleh lepa atas
kek.
SELAMAT MENCUBA :)
Birthday Boy
Kek dah siap masuk kotak...:)) |
Sedikit makanan ringan untuk kawan-kawan hazim |
Sebahagian yang telah siap di pek |