Assalamualaikum...
'Bekalan yang di kutip didunia akan kekal di akhirat...sebaliknya rezeki yang kita kecap didunia akan habis didunia...kerana itu Maulana Rumi menyimpulkan kehidupan seperti berikut::...Pabila kamu makan dan minum hidangan yang enak didunia ini...seolah-olah kamu sedang makan dan meminumnya di dalam mimpi...apabila kamu terjaga...kamu akan lapar dan dahaga kembali!..hidangan yang kamu peroleh didalam mimpi itu tidak membawa apa-apa faedah kepadamu...dunia ini umpama mimpi...dunia dan impiannya umpama seseorang yg inginkan sesuatu dan ia mendapatnya didalam mimpinya...bila dia terjaga...dia tidak mendapati sedikit pun keinginan yang diperolehnya di dalam mimpi tadi'
Selamat malam semua...dah siapkan makan malam untuk keluarga ke...hari nie kat rumah sri buat mee hoon goreng jer...dah lewat buat nya so jadi makan malam terus la jawabnya...kalau nak masak pun masih kenyang lagi...ok lah...hari nie sri nak kongsikan resepi pavlova...dah lama nak buat sebenarnya...sri dapat resepi nie dari teman-teman FB yang sudi berkongsi dekat Page Jom Masak...pavlova nie sri buat untuk dessert malam semalam...hari nie baru dapat kongsi...jom kita tengok bahan-bahan untuk manisan omputeh nie...:))
Bahan-bahan:-
-*4 biji telur putih
-*120gm gula castor
-*1/2 sdt cuka makan
-*1 sdb esen vanilla
-*1 sdb tepung jagung - ayak
-*Topping & Hiasan:: Fresh cream,buah-buahan segar
Cara-cara:-
-Panaskan oven pada suhu 180 c.
-Pukul putih telur hingga kembang dan bertanduk...jadi meringue.
-Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar pada kelajuan tinggi.
-Setelah itu masukkan esen vanilla, cuka makan dan tepung jagung...putar hingga kental.
-Buat bulatan atas baking paper dan letak adunan tadi ikut bulatan tersebut...bakar pada suhu 140 c selama 40 minit atau mengikut oven masing-masing (sehingga kekuningan).
-Sejukkan kemudian bolehlah letak whipping cream @ fresh cream dengan buah-buahan.