Assalamualaikum..
Selamat petang dan salam manis buat semua...buat apa petang-petang nie...tengah fikirkan menu minum petang pula ke...sri pun tak pasti lagi nak buat apa tapi macam dah sampai seru nak buat durian crepe...hihihi...macam main bomoh-bomoh pula rasa seru-seru nie kan...harap-harap menjadilah sebab dah lama peram resepi crepe...:)
Sekejap jer dah tiba hari isnin pertama dalam bulan disember...dah nak sampai peghujung tahun pun kita nie...cepatnya lah masa berlalu kan...:)
Hari nie sri nak kongsikan resepi ayam yang sri buat tengahari semalam...yang nie resepi godek-godek..campak-campak apa yang ada dalam peti ais jer...hehehe...yang penting tetap licinnnnnn :)
Jom lah kita tengok apa yang nak kena ada.
Bahan-bahan:-
-*1 ekor ayam - potong 16 (gaul dengan garam dan kunyit...kemudian goreng separuh masak)
-*2 sdb rempah kurma - bancuh dengan sedikit air
-*3/4 cawan susu cair
-*1/2 cawan air
-*10 biji buah kurma - buang biji dan belah 4
-*3 sdb minyak masak - untuk menumis
-*2 sdb tomato sup
-*3 sdb sos tomato
-*garam
-*serbuk perasa
-*daun sup
-*daun bawang
Bahan Kisar
-*2 labu bawang besar
-*8 ulas bawang putih
-*2 inci halia
-*5 tangkai cili kering
Bahan Tumis
-*2 helai daun pandan
-*2 batang serai - dititik
-*1 biji tomato - hiris nipis
-*kulit kayu manis
-*buah pelaga
-*bunga lawang
-*bunga cengkih
Cara-caranya:-
-Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis hingga wangi dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar..masak sekejap.
-Kemudian..masukkan rempah kurma, tomato sup dan sos cili...masak hingga naik minyak.
-Setelah itu, masukkan ayam yang telah digoreng, susu cair, air, garam dan serbuk perasa...masak hingga pekat.
-Taburkan dengan buah kurma, daun bawang dan daun sup...tutup api dan siap dihidang.
SELAMAT MENCUBA (^_^)*
No comments:
Post a Comment