Pages

Thursday, 7 June 2012

Caramel Choc Moist Cake II

Assalamualaikum...

Salam manis dan selamat petang buat semua...sri harap semua dalam keadaan sihat walafiat...amin...hari nie baru nampak matahari menonjolkan diri walaupun masih malu-malu...beberapa hari kebelakanagn nie boleh dikatakan setiap hari hujan turun dengan lebat beserta angin kencang...bila musim hujan maka banyaklah kain baju yang bertapuk tak kering...yang belum basuh pun banyak...jadi lepas nie kena bergotong royong lah membasuhnya dengan 'puan jepun'..(^^,)






Hari nie kita tengok lagi sekali resepi Caramel Choc Moist Cake sebab sebelum nie sri dah pernah tayang dalam blog nie...kira siaran ulanagan gitue...yang bezanya kali nie sri buat saiz besar terus...CCMC nie ditempah oleh sepupu sri (sebelah suami) untuk dijadikan pencuci mulut kepada rombongan pihak pengantin perempuan dari Kelantan...tahniah kepada pasangan mempelai dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat...terima kasih juga pada puan Najah arshad.






Apam Polkadot tue pun termasuk dalam senarai...untuk resepi boleh klik SINI ...sekarang kita layan resepi ulangan caramel choc moist cake ye.


Bahan-bahan Karamel:-
-*3 sdb gula pasir
-*1/4 cawan air
-*1/4 cawan air panas 


Cara-cara:-
-Satukan gula dan air...masak hingga gula keperangan...tutup api dan tuang air panas kedalamnya...masa lakukan nie kena hati-hati tau...sebab air akan terpercik sedikit.
-Tuang dalam acuan atau loyang...ketepikan.


Bahan-bahan Puding:-
-*2 biji telur
-*3/4 cawan susu cair
-*1/3 cawan gula pasir
-*4 sdb tepung kastard
-*1/2 sdt eseb vanilla
-*1/2 cawan air


Cara-cara:-
-Satukan semua bahan dan blend hingga sebati...tapis.
-Masukkan dalam acuan atau loyang tadi dan kukus hingga masak.






Bahan-bahan Choc Moist Cake:-

Bahan A
-*3/4 cawan gula 
-*1 cawan serbuk koko
-*1 cawan susu cair
-*3/4 cawan susu pekat manis
-*1 cawan minyak masak

Bahan B
-*3/4 cawan tepung gandum
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
****Ayak bahan-bahan tadi

Bahan C
-*4 biji telur Gred A - blend


Cara-cara:-
-Satukan Bahan A kedalam periuk dan gaul sebati...masak diatas api sederhana sehingga dapat tekstur yang licin...Kemudian tutup api dan alihkan...kacau dengan spatula selama 5 minit dan alihkan kedalam mangkuk adunan.
-Masukkan Bahan B dan Bahan C secara berselang seli kedalam mangkuk adunan dan gaul sebati.
-Setelah siap...tuangkan keatas lapisan puding yang telah siap dikukus tadi...sebelum tuang, pastikan bahagian atas puding dilorek sedikit dengan garpu agar kek dapat melekat elok dengan puding.
-Kukus hingga masak...Sejukkan sebelum keluarkan dari loyang...sri sejukkan dalam peti ais...cepat sikit..:))






SELAMAT MENCUBA (^^,)*






2 comments:

  1. Salam kenal Rosri.menarik bentuk kek caramel choc ni....bunga2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga buat mamsya...
      time kasih...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...