Bukan niat saya untuk mengajar anda yang sudah pakar dalam bidang memasak. Cuma saya menggunakan ruangan ni hanya untuk berkongsi apa yang saya tahu. Sebenarnya kuih talam ubi ni antara kuih kegemaran saya sekeluarga. Jadi apabila sesekali menyediakannya kenala buat banyak2.. :)
Bahan-bahan
-Lapisan Bawah
* 4 ketul ubi kayu - kisar halus & tos
* 1 cawan santan
* 1 1/2 cawan gula
* 2 sudu besar tepung sagu
* Garam
* Pewarna kuning
(satukan semua dan masukkan separuh ke dalam acuan. Kukus separuh masak)
-Lapisan Atas
* 5 sudu besar tepung beras
* 2 cawan santan
* 1 sudu teh garam halus
Cara-cara
* setelah adunan @ lapisan bawah separuh masak. Masukkan lapisan atas dan kukus