Pages

Monday 24 October 2011

gULuNgAn pULut piSAng




Hati mana yang tak gembira bila melihat orang tersayang menikmati juadah yang kita sediakan dengan penuh selera..tambahan pulak kalau cuaca panas cenggini..dapat nikmati sesuatu yang sejuk rasa nyaman jer anak tekak nie kan..manisan yang saya nak kongsi nie mudah jer cara penyediaan nya..jom belek bahan2 dan cara2 nak sediakan gulungan pulut pisang nie...:)




Bahan-bahan

*300gm pulut
*5 biji pisang emas
*1 1/2 tin susu cair (kalau nak ganti dgn santan pun boleh juga)
*Gula melaka @ gula merah
*1 sdb tepung jagung
*Garam
*Pewarna
*Daun pisang

Cara-cara

*Kukus pulut hingga masak.
*Selepas itu, gaulkan dengan susu (anggaran 1/2 tin) dan garam hingga sebati.
*Kemudian kukus kembali pulut tadi dalam 10 minit lagi.
*Setelah siap..ambil sedikit pulut dan letakkan di atas daun pisang dan ratakan.
*Letak pisang emas di tengah2 (mcm kita nk buat pulut dakap).Gulungkan.
*Ulang langkah hingga habis.
*Kalau nak cantik..boleh warnakan pulut (lagi sedap mata memandang :))
*Kukus pulut yg dah siap tadi dalam 10 minit lagi dan biarkan sejuk baru potong.
*Untuk kuah..campurkan susu, garam, tepung jagung dan gula merah @ gula melaka.
*Masak hingga mendidih. Siap utk di hidangkan bersama gulungan pulut pisang tadi
*Saya lebih suka hidang sejuk. Nyaman rasa tekak.

SELAMAT MENCUBA :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...