Assalamualaikum...
Salam manis dan salam sayang buat semua...
Semoga semuanya sihat-sihat belaka...sri juga nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua pelajar-pelajar seluruh Malaysia...semoga segalanya dipermudahkan dan selamat berjaya buat semua.
Selalunya kalau musim peperiksaan macam nie..,bukan anak-anak yang gementar...mak..ibu..mami..ummi..mama dan seangkatan dengan nya lah yang paling risau dan gementar...kaum bapa ada juga yang berdebar-debar tapi kebanyakannya lebih 'cool' menanti...hehehe...anak-anak lagi lah...nampak relax jer...aduhhhh...kita pula yang susah hati...apa-apa pun...bila keputusan keluar nanti...diharap semuanya dapat membahagiakan hati ibu bapa serta keluarga masing-masing...(^_^)*
Hari nie sri nak ajak buat choclate...nak tak...kalau nak angkat ibu jari...hihihi...sebenarnya sri mula-mula belajar buat choclate nie dari sahabat FB..sri belajar dari Pn Harisun Murad ... terima kasih ye Harisun...kalau nak belajar buat lolichoc boleh klik SINI (tapi minta kebenaran dari tuan empunya dulu ye..Pn Harisun Murad)...choclate nie memang sesuai kalau nak dijadikan hadiah hari jadi,hantaran dan buat makan-makan sendiri.
Bahan-bahan:-
-*250gm coklat susu / coklat gelap
****boleh juga kalau nak dicampurkan kedua-dua choc tue...(150gm coklat susu + 100gm coklat gelap)
-*50gm coklat putih
-*pewarna - based oil
-*badam biji, badam cincang , kismis , gajus biskut oreo dll.
Gambar A : mould yang sri gunaka dan juga kismis dan badam cincang yang dah sri bakar...sri letak dalam choclate...kalau nak buat chcolate kosong pun ok juga.
Gambar B : choclate yang kita nak cairkan nanti kena potong kiub kecil-kecil...jangan potong besar-besar tau...nanti choclate tue tak licin bila cair nanti...masa mula-mula sri belajar buat, sri potong besar-besar...ingat nanti nak cair juga...choclate tue memang cair tapi tak licin dan tak cantik...jadi jangan malas-malas potong kiub kecil-kecil ye.
Gambar C : periuk dan bekas tin yang sri gunakan untuk double boil choclate nanti...air letak dalam periuk dan pastikan tak kena bahagian bawah bekas...bila air dah mendidih, perlahankan api dan letak choclate dalam bekas dan kacau hingga semua cair dengan elok..bila dah cair, boleh tuangkan kedalam mould dan letak hiasan kismis dan badam cincang atau apa saja yang digemari...kemudian sejukkan dalam peti ais selama 10 - 15 minit.
***Nota: lepas siap tuang coklat dalam mould...hentak-hentakkan mould supaya tiada gelembung udara yang terbentuk dan untuk memastikan kita dapat coklat yang cantik bentuknya.
Bagi yang buat dua warna..
Gambar A : mula-mula cairkan coklat putih cara double boil...yang nie pun kena potong kiub kecil-kecil juga tau...bila coklat putih dah cair sepenuhnya...letak pewarna yang berasaskan minyak (dekat kedai bakeri ada jual pewarna jenis nie)...kacau rata...ambil 1 sdt coklat tadi dan letak dala mould macam dalam gambar...bila dah siap, sejukkan dulu sebelum kita tuang coklat gelap.
Gambar B : bila coklat putih tadi dah beku...baru kita tuang coklat gelap diatasnya...hentak sedikit mould dan sejukkan dalam peti ais selama 10 - 15 minit.
Gambar C : rupa coklat yang dah dikeluarkan dari mould.
SELAMAT MENCUBA (^_^)*
No comments:
Post a Comment