Pages

Saturday, 12 January 2013

Mousse Peach Cake

Assalamualaikum...






Selamat petang dan selamat berhujung minggu buat semua...moga hari ini dapat kita penuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bersama dengan keluarga tersayang...dapat juga sri mencuri sedikit masa pada petang yang indah ini untuk mengemaskini dan berkongsi serba sedikit resepi buat teman-teman yang berkunjung ke sini...kalau tidak makin banyak la resepi yang berada dalam senarai menunggu untuk menonjolkan diri kerana yang empunya dapur terlalu sibuk dengan rutin harian.






Petang nie,sri ingin kongsikan resepi mousse cake...sri buat untuk makan-makan dengan keluarga je sebab tekak nie tetiba jer teringin nak makan...bila buka peti ais,tengok ada lagi setin buah peach dalam tin...jadi kita gunakan saja apa yang ada ye...tak baik membazir...hehehe...(yang sebenornya malas nak keluar pergi kedai)...jom lah kita layan dulu sebab banyak lagi kerja yang sedang menanti nie. :)






Vanilla Sponge Cake
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*4 biji kuning telur
-*20 gm gula halus
-*1 sdt esen vanilla
-*1 1/2 sdt perisa vanilla

Bahan B
-*4 biji putih telur
-*100 gm gula halus

Bahan C
-*100 gm tepung naik sendiri
-*80 gm butter - cairkan dan biar sejuk


Cara-cara:-
-Panaskan oven pada suhu 170 c selama 10 minit dan alas loyang dengan kertas minyak...ketepikan.
-Pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
-Dalam bekas lain, pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga berbuih dan tambahkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis...putar lagi hingga adunan menjadi kaku dan bertanduk (meringue).
-Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan A dan dengan mengguna spatula,kaup balik perlahan adunan hingga sebati...kemudian masukkan baki putih telur dan kaup balik juga hingga adunan barcampur sempurna.
-Masukkan tepung dan kaup balik hingga adunan rata dan setelah itu masukkan butter cair yang telah sejuk dan kaup balik lagi hingga adunan sebati.
-Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 c selama 45 minit atau sehingga masak.
-Setelah masak, keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai...kita bahagikan kek pada tiga lapisan.







Sekarang kita sediakan mousse peach pula...jom redah...

Mousse Peach
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*120 gm puri peach - sri guna yang dalam tin...ambil 120 gm buah peach dan kisar halus
-*150 ml non-dairy whipping cream
-*buah peach secukupnya yang di potong dadu
***airnya akan diguna untuk sapuan pada permukaan kek.

Bahan B
-*50 gm air
-*1 sdb gelatin


Cara-cara:-
-Tuang air dalam bekas dan taburkan gelatin...biarkan ia kembang.
-Kemudian panaskan puri peach dengan kaedah double boil dan kemudian tambahkan gelatin yang telah kembang tadi dan gaul sebati...biarkan ia suam.
-Dalam bekas lain, putar non-dairy whipping cream dengan kelajuan maksima hingga kaku.
-Tambahkan adunan puri tadi dan kaup balik adunan hingga rata.






Cara Melapis Kek
-Ambil loose pan (sri guna saiz 7")...letakkan kepingan kek yang pertama.
-Sapukan permukaan kek dengan air peach...letakkan mousse tadi hingga rata keseluruhan...kemudian taburkan dengan potongan dadu buah peach.
-Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang langkah tadi hingga selesai semuanya...sri buat 3 lapis kek.
-Sejukkan dalam peti semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
-Boleh deko ikut kreativiti masing-masing.



SELAMAT MENCUBA (^^,)*

6 comments:

  1. esen vnila ngn perasa vanila x sme ke?

    ReplyDelete
  2. sedapnya nampak cake tu Sri.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak Shiela...
      best sgt mkn sejuk2 :)

      Delete
  3. Marbeles, nampak sedap kak sri : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks evelyn...
      1st buat...teringin nk mkn :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...