Assalamualaikum...
Salam Jumaat penghulu segala hari...semoga hari ini ada sinar kebahagiaan buat sri dan keluarga serta teman-teman semua...salam manis dan salam ceria sri ucapkan...apa khabar...sri doakan kita semua diberikan kesihatan yang baik...amin...dah lama tak menaip rasa kosong pula kepala nie nak memikir apa yang nak ditaip oleh jari jemari nie...hehehe...dah banyak kali menaip nie...mana tak nya...taip...padam...taip...padam...bila nak siap pun tak tahu.
Hari nie sri nak tayang resepi Strawberry Cake...yang nie ditempah oleh maksu sri untuk birthday anak sulung dia 7 september lepas...kiranya tak ada la lama sangat sri peram kan resepi nie..baru seminggu...ada lagi yang dah lama peram tak keluar-keluar lagi...kita tunggu nanti ye kalau berkesempatan sri tayangkan buat semua...hehehe...
Untuk resepi kek nie sri masih gunakan resepi Sonata Cheese Cake cuma ada sedikit olahan je...tak nak lah cerita panjang-panjang...nanti boringkan...jom kita layan resepi dulu..(^_^)*
Strawberry Cake with Cream Cheese & Strawberry Filling
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*6 biji kuning telur
-*2 sdb ovellete
Bahan B
-*150 gm butter - cairkan dan biar sejuk
-*90 ml susu segar sejuk
-*1 sdt perisa strawberry
-*1 sdt pewarna pink
-*1 sdt perisa strawberry
-*1 sdt pewarna pink
Bahan C
-*120 gm tepung superfine
-*60 gm tepung jagung
***ayak
Bahan D
-*6 biji putih telur
Cara-cara:-
-Putar sebati bahan A...dan masukkan bahan B...putar lagi.
-Masukkan bahan C dan putar hingga semua mesra alam (sebati)...kemudian ketepikan adunan.
-Dalam mangkuk lain, pukul putih telur hingga kembang dan berbuih halus...masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis dan putar hingga bertanduk.
-Ambil separuh adunan putih telur dan kaup balik dengan adunan tepung...masukkan lagi separuh dan kaup balik hingga sebati...note:kaup balik perlahan ye supaya adunan putih telur tak berair.
-Alas loyang dengan baking paper dan tuang adunan....bakar pada suhu 160 c selama 55minit.
-Bila dah masak...sisipkan bahagian tepi dan sejukkan atas redai...bila dah sejuk baru kita mula melepa dan mendeko.
Bahan-bahan Krim:-
Untuk Melapis
-*250 gm cream cheese
-*1 cawan non-dairy whipping cream - pukul kaku
-*1 cawan non-dairy whipping cream - pukul kaku
-*1/4 tin susu pekat
***Satukan dan pukul hingga gebu.
-*Filling strawberry secukupnya.
-*Filling strawberry secukupnya.
Cara-cara:-
-Bahagi kek kepada 3 bahagian macam dalam gambar...ambil bahagian bawah dan lapiskan dengan 1/2 adunan krim keju...kemudian kita lapiskan diatas krim keju tadi dengan filling strawberry...ambil bahagian kek kedua dan letak diatas bahagian pertama tadi dan ulang langkah tadi hingga siap...kemudian kita sediakan krim untuk sudahkan kek kita.
-Bahagi kek kepada 3 bahagian macam dalam gambar...ambil bahagian bawah dan lapiskan dengan 1/2 adunan krim keju...kemudian kita lapiskan diatas krim keju tadi dengan filling strawberry...ambil bahagian kek kedua dan letak diatas bahagian pertama tadi dan ulang langkah tadi hingga siap...kemudian kita sediakan krim untuk sudahkan kek kita.
Bahan Hiasan:-
-*Non-dairy whipping cream secukupnya (sri guna 2 cawan...mix dengan kelajuan tinggi hingga kaku kemudian letakkan sedikit pewarna pink (sri guna yang oil based...letak beberapa titik je)
-*Strawberry segar (sri celup dalam air gula yang dimasak pekat)
*****Kemaskan kek dengan fresh cream...untuk bahagian tepi, sri guna nozel bintang saiz kecil dan tarik dari bawah naik keatas...bahagian atas sri guna nozel untuk buat rossete dan sri piping strawberry filling di bahagian tepi kelopak...atasnya pula sri letak buah strawberry.
SELAMAT MENCUBA (^^,)*
penerangan yg complete ..thnks sri..nampak sedap la:)
ReplyDeletehehehe
Deleteyg mana sri tahu...sri kongsikan...
sama2 n thanks kembali...
penggemar cheese n strawberry pasti suka...^_^*
aslmkm....comelnya kek...sure sedap bau krim dgn stoberi kan
ReplyDeletew'salam...
Deletethanks...gabungan yang mantop gitew...(^_^)*