Pages

Friday 20 July 2012

Marhaban Ya Ramadhan 1433H/2012

Assalamualaikum...






Selamat petang kawan-kawan..pengunjung setia blog rosrikitchen dan juga pada tetamu-tetamu yang baru intai blog sri nie...sebagai pembuka bicara, terlebih dahulu sri menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf andai selama sri ber'blog' nie...ada tersalah kata dan terkasar bahasa...pada teman-teman yang menjadi sumber inspirasi sri dalam dunia masakan nie...sri minta halal dunia akhirat diatas segala tunjuk ajar dan ilmu yang diberikan...sri hargai semuanya...hanya Allah s.w.t yang mampu membalasnya.






Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan yakni bulan yang diberkati, dimana Allah s.w.t telah mengfardhukan keatasmu puasa...dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka...ditambat padanya syaitan-syaitan...padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan...siapa yang dihalang kebaikannya, sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak....hadith ini dikeluarkan oleh Ahmad, al-Nasa'ie daripada Abi Hurairah.

Surah al-Baqarah, ayat 185 yang bermaksud:
Masa yang di wajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk  dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah...oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya hendaklah ia berpuasa bulan itu.

Semoga kita mencapai tahap ketaqwaan melalui ibadat puasa Ramadhan yang menjelang tiba...Amin.







Inilah yang sri katakan pagi tadi masa sri post N3 Biskut Semperit Ku Berwarna Jingga ...seperti yang dijanjikan, sri kongsikan resepinya untuk petang nie...kek nie untuk makan-makan petang bersama keluarga sempena sambutan Ramadhan al-Mubarak dan juga merangkumi kek befdayku yang dah sebulan berlalu...hakhakhak...kek nie adalah Choc Moist Cake...dan sri pernah beberapa kali masukkan N3 resepi kek nie...cuma kali nie sri tambah adunan chesse di tengah-tengah kek...sedap sangat...lembab dan lembut giteew...ahaha...dah terambil tag line kak shariah pula...ampun ya kak...apa-apa pun memang rugi kalau tak mencuba...jom kita layan resepi...zZZzuUUussSss






Choc Moist Cake Cheese
Bahan-bahan:-
Bahan A
-*3/4 cawan gula pasir
-*1 cawan serbuk koko
-*1 cawan susu cair
-*3/4 cawan susu pekat manis
-*1 cawan minyak masak

*****satukan bahan-bahan diatas dan masak diatas api yang sederhana hingga bekilat dan sebati...alihkan dan kacau adunan selama 5 - 10 minit dan biar sejuk seketika.


Bahan B
-*3/4 cawan tepung gandum
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
***ayak bahan-bahan diatas


Bahan C
-*4 biji telur - 'blend' hingga kembang




Cara-cara:-
-Tuang adunan coklat kedalam mangkuk adunan...masukkan tepung dan telur berselang seli...kacau dengan spatula sahaja...bila dah habis dan adunan dah sebati...tuang separuh adunan kedalam loyang dan kukus hingga masak...kemudian tuang adunan krim keju (resepi dibawah) dan kukus lagi...bila adunan keju dah masak...tuang baki adunan coklat tadi dan kukus lagi...bila dah masak...sejukkan sebelum menghias.
****note:kalau adunan tadi nampak macam ada tepung yang tak sebati...masukkan kesemua adunan kedalam blender dan blender sekejap.






Bahan-bahan Lapisan Keju:-
-*250 gm cream chesse
-*50 gm gula icing - ayak
-*1 biji telur - gred A


Cara-cara:-
-Pukul cream chesse hingga gebu...masukkan gula icing dan pukul rata...kemudian masukkan pula telur dan pukul sebati...tuang atas lapisan pertama dan kukus hingga masak.






Bahan-bahan Krim untuk Mendeco:-
-*100 ml susu cair / non-dairy whipping cream / susu segar (sri guna susu cair)
-*250 gm milk choclate compound jenama beryl's
-*2 1/2 cawan fresh cream
-*pewarna pink


Cara-cara:-
-Panaskan susu cair / non-dairy whipping cream / susu segar hingga ada buih-buih dibahagian tepi...masukkan coklat yang dah didadu dan kacau hingga coklat cair...tutup api dan biar coklat sejuk (boleh sejukkan dalam peti ais).
-Bila coklat dah sejuk...campurkan dengan fresh cream dan pukul sebati...boleh mula mendeko...untuk corak rossete...sri tambahkan pewarna pink pada adunan yang lebih tadi dan kacau rata.


SELAMAT MENCUBA (^^,)*







2 comments:

  1. nmpk myelerakan sggh kek tu...deco pon cantik...slmt bpuasa yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks qasey....
      Salam ramadhan jg buat kamu...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...