Pages

Thursday, 5 April 2012

Caramel Choc Moist Cake

Assalamualaikum...

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...moga semua teman-teman sihat walafiat...amin...tapi tuan rumah kurang sihat sikit...berat jer rasa kepala nie...macam migrain pun ada nie...harap-harap tak melaratlah ye...dengan keadaan cuaca yang tak menentu nie.






Sepatutnya pagi tadi sri dah masukkan N3 nie...tapi bila kepala nie rasa macam ada batu jer kat dalam...tak daya nak update blog...jari jemari nie pun lemah jer nak menari-nari atas papan kekunci...sebab tue petang baru dapat masukkan N3 nie...hidangan nie sri sediakan semalam untuk minum petang...jom lah kita layan resepi yang simple nie. :)






Bahan-bahan Karamel:-
-*3 sdb gula pasir
-*1/4 cawan air
-*1/4 cawan air panas 


Cara-cara:-
-Satukan gula dan air...masak hingga gula keperangan...kecilkan api dan tuang air panas kedalamnya...masa lakukan nie kena hati-hati tau...sebab air akan terpercik sedikit.
-Tuang dalam acuan atau loyang...ketepikan.



Bahan-bahan Puding:-
-*2 biji telur
-*3/4 cawan susu cair
-*1/3 gula pasir
-*3 sdb tepung kastard
-*1/2 sdt eseb vanilla
-*1/42cawan air
-*pewarna (opt)


Cara-cara:-
-Satukan semua bahan dan blend hingga sebati...tapis.
-Masukkan dalam acuan atau loyang tadi dan kukus hingga masak.






Bahan-bahan Choc Moist Cake:-

Bahan A
-*3/4 cawan gula 
-*1 cawan serbuk koko
-*1 cawan susu cair
-*3/4 cawan susu pekat manis
-*1 cawan minyak masak

Bahan B
-*3/4 cawan tepung gandum
-*1 sdt baking powder
-*1 sdt soda bikarbonat
****Ayak bahan-bahan tadi

Bahan C
-*4 biji telur Gred A - blend


Cara-cara:-
-Satukan Bahan A kedalam periuk dan gaul sebati...masak diatas api sederhana sehingga dapat tekstur yang licin...Kemudian tutup api dan alihkan...kacau dengan spatula selama 5 minit dan alihkan kedalam mangkuk adunan.
-Masukkan Bahan B dan Bahan C secara berselang seli kedalam mangkuk adunan dan gaul sebati.
-Setelah siap...tuangkan keatas lapisan puding yang telah siap dikukus tadi...sebelum tuang, pastikan bahagian atas puding dilorek sedikit dengan garpu agar kek dapat melekat elok dengan puding.
-Kukus hingga masak...Sejukkan sebelum keluarkan dari loyang...sri sejukkan dalam peti ais...cepat sikit..:))






SELAMAT MENCUBA :)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...