Pages

Thursday, 17 November 2011

pEAch LaYeR tiRAmiSu

Assalamualaikum...
Cuti sekolah sudah bermula...bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu hari nie hari terakhir bagi sesi persekolahan 2011 termasuklah anak-anak sri...selamat bercuti buat semua...

Hari nie sri nak kongsi resepi tiramisu lagi tapi kali nie sri letak dalam gelas...kalau nak buat untuk majlis atau manisan buat pengantin memang sesuai...perisa boleh ikut selera masing-masing...






Kali nie sri buat perisa peach...sri guna buah peach yang dalam tin jer...jadi boleh guna syrup yang dalam tin untuk celup biskut tiramisu...tak payah nak sediakan syrup dah...bertambah senang nak menyiapkan tiramisu nie...







Biskut nie sri potong kepada 3 bahagian supaya senang nak susun dalam gelas nanti...kalau nak senang potong biskut nie, guna pisau yang ada gigi macam gergaji tue.







Bahan-bahan Syrup:-
-*50 ml syrup peach
***kalau guna blueberry atau strawberry filling ikut sukatan nie
-*150 gm filling strawberry
-*100ml air suam
-*2 sdb gula ising

Cara-cara:-
-Satukan semua bahan-bahan syrup dan kacau sebati...ketepikan.

Bahan-bahan Krim:-
-*250 gm cream chesse
-*150 ml whipping cream
-*150 ml whipped cream
-*50 gm gula icing

Cara-cara:-
-Pukul cream chesse hingga gebu dan masukkan gula icing dan pukul lagi...ketepikan.
-Satukan whipping cream dan whipped cream...pukul hingga agak pekat dan sebati.
-Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
 
 
 
 



Bahan-bahan Hiasan:-
-*biskut tiramisu (di potong 3)
-*1 tin buah peach 
-*parutan coklat

Cara-cara Melapis:-
-Celupkan biskut tiramisu kedalam syrup dan susun di dalam gelas.
-Lapiskan dengan krim di atas biskut dengan rata...kemudian susun buah peach dan lapiskan lagi dengan krim.
-Ulang langkah hingga penuh gelas atau dapat lebih kurang 2 atau 3 lapisan dalam gelas...bila siap taburkan parutan coklat dipermukaan.
-Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam baru di hidangkan.
 
 
Untuk info berkenaan whipping dan whipped krim boleh klik SINI.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...