Pages

Wednesday 4 July 2012

Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri

Assalamualaikum...


Salam manis dan salam sayang buat semua...terima kasih pada yang sentiasa sudi menjengah dapur sri walaupun dah banyak hari tak ada menu baru yang dikongsikan...beberapa hari nie betul-betul hari yang sangat sibuk buat sri...bila keletihan, malas tue memang menguasai diri nie...jari jemari pula malas nak menaip...fikiran macam kabur je nak berfikir apa yang harus dikatakan.

Sekadar berkongsi...malam ini adalah malam Nisfu Sya'ban iaitu bermula pada hari 14 Sya'ban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib...Nisfu Sya'ban adalah akhir laporan amal manusia pada tahun lalu dan permulaan laporan amal manusia pada tahun depan...menjelang kedatangan Nisfu Sya'ban, kita sepatutnya mempersiapkan diri untuk menyambutnya...ia juga sebagai persiapan awal kedatangan tamu agung berikutnya iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak...agar sesebuah laporan elok dan baik, ia mestilah dimulakan dan diakhiri dengan sesuatu yang baik dan salah satunya adalah dengan meluahkan rasa cinta kepada Allah s.w.t...Pencipta dan Pemberi rezeki kita.

Dia yang mewujudkan kita daripada tidak ada menjadi ada...Dia yang menghidupkan kita dan kepada Nya juga kita akan kembali...ketika nyawa dikandung badan, kita masih boleh memilih untuk berbuat baik atau buruk tapi ketika ia tidak bersatu lagi dengan jasad, maka yang tinggal adalah hasil daripada yang baik atau yang buruk yakni syurga atau neraka...(jika ada yang salah harap diberitahu)






Hari nie sri nak kongsikan resepi masak lemak cili api cara sri...sedap menyengat gitu...makan dengan nasi panas mau menangis nie...mana tak nya...suka hati jer letak cili padi...jom kita layannnnn.






Bahan-bahan:-
-*6 ketul ikan tenggiri - garam kunyitkan.
-*1/2 cawan cili burung / cili kampung (sebab tengok kecil...sri letak banyak...lepas tue amik ko makan sambil menangis...tapi sodapppp)
-*1 biji cili hidup
-*6 ulas bawang merah
-*2 ulas bawang putih
-*2 inci kunyit hidup
-*2 inci halia
-*3 batang serai - dititik
-*1 cawan santan pekat
-*garam
-*serbuk perasa
-*minyak





Cara-cara:-
-Goreng ikan tenggiri tapi jangan terlalu garing...ketepikan..
-Panaskan minyak dalam 1 sdb dan goreng bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, cili burung dan cili hidup...goreng 3 minit dan angkat...kemudian kisar bahan tadi.
-Masukkan bahan kisar dan serai dalam periuk dan didihkan sebentar...kemudian masukkan garam, serbuk perasa, ikan tenggiri yang dah digoreng dan santan...kacau perlahan dan masak hingga kuah pekat.

**pastikan sentiasa kacau agar santan tak pecah minyak.





  SELAMAT MENCUBA (^_^)*


2 comments:

  1. salam sri..wahhh lg pedas lg sedap nie..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam zila...
      nie mmg dh pedas menyengat dah nie...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...