Pages

Friday 18 November 2011

cHicKEn bOxiNg wITh bROccOLi cREam

Assalamualaikum...
Salam Jumaat yang penuh rahmat...sekalung tahniah buat pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR semalam...berakhirnya sesi persekolahan 2011...bila dah musim cuti nie secara langsungnya bermulalah musim kahwin...walaupun selalu ada tapi ramai yang mengambil kesempatan bila tiba musim cuti sekolah...dan termasuklah adik sri...kalau tak ada aral pertengahan disember nie adik sri akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya...

Untuk hidangan hari nie sri nak kongsi resepi chicken boxing dengan krim brokoli...sebenarnya hidangan nie sri masak petang semalam...masa tengah sedia tue terlupa pula nak ambil gambar cara-cara nak lurutkan isi ayam...dah siap semua baru teringat...






Tapi mudah je nak buatnya...bagi yang tak tengok masterchef Malaysia, cara dia ialah dengan memotong keliling hujung tulang yang nak dijadikan pemegang...lepas tue lurutkan isi ayam perlahan-lahan ke bawah dan lipat isi ayam tadi supaya nampak bentuk bulat dan isi tak akan tertarik ke atas kembali...







Bahan-bahan:-
-*10 ketul kepak ayam
-*garam
***buat macam yang sri nyatakan di atas...untuk 10 ketul kepak ayam boleh dapat 20 ketul chicken boxing sebab kita guna bahagian 'wing' dan 'drummettes'.

-*2 sdb tepung gandum
-*2 1/2 sdb tepung jagung
-*2 sdb tepung beras
-*1 sdt serbuk lada sulah
-*1 sdt serbuk lada hitam
-*secubit garam
-*1 biji telur
-*serbuk roti secukupnya (sri guna yg readymade punya...kalau nak buat sendiri pun boleh...bakar roti keping...hancurkan dan bakar lagi dlm 2 min)






Cara-cara:-
-Perapkan chicken boxing dengan garam dalam 3-4 minit dan letak dalam mangkuk atau pinggan dan kukus selama 15 minit dan tos...kita akan gunakan stok kukusan tadi untuk buat krim brokoli.
-Panaskan minyak untuk menggoreng.
-Satukan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan garam...gaul sebati.
-Ambil chicken boxing tadi dan salutkan dengan adunan tepung...kemudian 'mandikan' dengan telur hingga rata...lepas tue golekkan dalam serbuk roti.
-Goreng hingga kekuningan dan lakukan proses yang sama hingga habis semua chicken boxing tadi.






Bahan-bahan Krim:-
-*50gm brokoli
-*50ml susu cair / susu segar
-*50ml stok ayam
-*2 sdb marjerin
-*1 sdb tepung gandum
-*1 labu bawang besar - di dadu
-*1 ulas bawang putih - dicincang
-*1 sdt serbuk lada hitam kasar
-*garam


Cara-cara:-
-Cairkan marjerin dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga naik bau...kemudian masukkan brokoli dam masak hingga layu.
-Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
-Masukkan susu, serbuk lada hitam, stok ayam dan garam...masak hingga mendidih sekali dan tutup api.
-Biarkan seketika dan kisar bahan2 tadi...masak kembali hingga agak pekat.
 





SELAMAT MENCUBA :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...