Pages

Tuesday, 15 November 2011

mEe kUAh mIx bANduNg

Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan selamat petang...hari nie sri nak kongsikan resepi mee...resepi nie simple je...suka-suka jer kan sri boh nama hidangan nie...boleh mix2 gitu...sebenarnya sri main campak-campak jer apa bahan yang ada (macam yang sheila rusli selalu kata)...ada rasa masam, manis, masin kira ok la tue...nak keluar malas lah sesangat...kan best kalau umah sebelah pasaraya...tapi bagus juga, tak adalah membazir...kita guna jer apa yang ada...






Bahan-bahan:-
-*2 kg mee kuning
-*1/2 ekor ayam
-*4 sdb cili kering yang telah dikisar
-*4 ulas bawang putih - dicincang
-*4 sdb sos cili
-*4 sdb sos tomato
-*4 sdb tomato puri
-*4 biji ubi kentang - rebus dan lenyek
-*4 sdb serbuk kacang tanah
-*2 sdb tepung jagung + 1 cawan air
-*sayur
***kubis, lobak merah, sawi dan tomato secukupnya...ikut pada selera...bagi yang suka makan sayur boleh lah letak banyak.
-*8 biji telur - rebus (boleh juga pecah terus dalam kuah)
-*garam
-*kiub pati ayam
-*serbuk perasa
-*minyak untuk menumis
-*air secukupnya untuk kuah.







Cara-cara:-
-Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan cili kering yang telah dikisar...masak hingga naik minyak.
-Masukkan sos cili, sos tomato, tomato puri, ubi kentang, kacang tanah, tepung jagung yang telah di bancuh dan air...masak hingga mendidih dan masukkan ayam, garam,kiub pati ayam dan serbuk perasa.
-Bila kuah mendidih untuk kali kedua masukkan sayur...masak sekejap saja dan tutup api.

***bagi yang nak pecahkan telur dalam kuah...pecah masa lepas masukkan ayam dan biar dalam 8 minit baru kacau perlahan.

***untuk kuantiti bahan-bahan di atas, boleh dapat satu kuali besar macam pic dekat bawah ni...





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...