Assalamualaikum...
Hari nie sri nak kongsikan hidangan sarapan dan sesuai juga untuk sajian minum petang...burger malaysia ataupun orang sebut pau sambal...masa sekolah dulu sri selalu panggil burger malaysia dan sampai sekarang pun sri panggil macam tue...lagipun bentuk asal dia sebenarnya bulat dan dipotong tengah untuk letak inti dan ada hirisan nipis timun...memang nampak macam burger kan...cuma kali nie sri buat bentuk 'patric star'...:)))
N3 kali nie sebenarnya sri buat hari sabtu lepas cuma tak sempat nak update...line bb pulak asyik problem jer...untuk inti sri buat sambal bilis...bagi yang tak makan bilis boleh ajer tukar dengan inti lain...macam tuna, sardin atau ayam yang di cincang...
Bahan-bahan:-
-*500gm tepung gandum
-*1 biji telur
-*1/2 sdt garam halus
-*1 sdb yis segera (mauripan)
-*2 sdb marjerin
-*1 sdb shortening
-*2 sdb gula pasir
-*2 sdb susu pekat
-*180ml - 200ml air suam
Cara-cara:-
-Didalam bekas adunan atau bekas lain yang agak besar, tuangkan air suam...masukkan yis, marjerin, shortening, gula dan susu pekat...kacau sedikit dan biar adunan tadi 8 - 10 minit.
-Bila yis dah berbuih...masukkan separuh tepung, telur yang dipukul sedikit dan garam.
-Gaul adunan tadi dengan sudu sehingga sebati dan melekat pada sudu...bila dah sebati, gaul dalam satu arah.
-Kemudian masukkan lebihan tepung tadi dan gaul dengan sudu sekejap....kemudian uli guna tangan...kalau adunan lembik boleh tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan tadi tak melekat pada bekas adunan.
-Kemudian bolehlah di canai dan tekap ikut acuan dan goreng...biarkan sejuk sedikit baru potong ditengah untuk letak inti dan hirisan timun...kalau boleh guna pisau yang mata bergergaji...baru molek burger malaysia @ pau sambal tue...:)))
Bahan-bahan Sambal:-
-*4 sdb cili kisar
-*1 cwn ikan bilis
-*1/2 labu bawang besar
-*2 ulas bawang merah
-*1 ulas bawang putih
-*2 sdb gula
-*garam
-*serbuk perasa
-*2 sdb air asam jawa
Cara-cara:-
-Kisar bawang besar, bawang merah dan bawang putih dengan cili kisar...Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi.
-Masak hingga wangi dan masukkan ikan bilis, air asam jawa, gula, garam dan serbuk perasa...masak hingga kering.
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment