Pages

Thursday, 10 November 2011

aYAm mAsAk rOSe

Assalamualaikum...
Selamat petang semua...tengah sediakan minum petang ke...sri tak terfikir lagi nak masak apa...jap gi nak godek-godek dapur tengok apa yang ada yang boleh di buat minum petang...sementara tue jom tengok resepi ayam masak rose yang sri buat untuk makan dengan nasi hujan panas beryogurt hari tue...sebenarnya sri terlupa nak upload...tadi tengah belek-belek resepi baru perasan...:)))






Bahan-bahan:-
-*2 ekor ayam - potong kecil-kecil
***kalau nak gantikan dengan daging pun boleh...potong daging kecil-kecil tapi jangan nipis sebab tak berapa sedap kalau buat masak nie...lepas tue rebus hingga empuk...cara masak sama saja dengan ayam.

-*Bahan Tumis:-
***3 helai daun pandan - simpul
***bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga & kulit kayu manis
***3 batang serai - di titik

-*Bahan Kisar:-
***5 labu bawang besar
***10 ulas bawang merah
***10 ulas bawang putih
***3 inci halia
***5 biji cili kering
***4 biji cili hidup

-*4 sdb sos cili
-*4 sdb tomato puri
-*2 sdb yogurt plain - optional (lebihan masak nasi..tapi kalau masukkan lagi sedap)
-*2 cawan pati santan
-*1 liter air
-*garam
-*serbuk perasa
-*daun sup & daun bawang
-*3 biji tomato - belah 4







Cara-cara:-
-Goreng ayam dan ketepikan.
-Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga wangi...kemudian masukkan bahan kisar...masak hingga naik bau.
-Masukkan sos cili dan tomato puri...masak hingga naik minyak.
-Masukkan ayam dan gaul sebati...masukkan santan, yogurt, air, garam, serbuk perasa dan masak hingga pekat.
-Bila kuah dah pekat...masukkan tomato, daun bawang dan daun sup...kacau sekejap dan tutup api.






SELAMAT MENCUBA :)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...